• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color
SBT
SICSEF 2017 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 30 July 2017 01:32

SAMURA INTERNATIONAL CULTURAL SCIENCE AND EDUCATIONAL FESTIVAL (SICSEF)

DATE : 28 - 30 JULY 2017

LIST OF CONTIGENTS :

1. SM Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
2. SMAN Binsus Dumai, Indonesia
3. SMAN 2 Dumai, Indonesia
4. SMP Negeri 2 Dumai, Indonesia
5. Princess Chulabhorn's College, Thailand
6. SM Sains Sembrong, Malaysia
7. SM Sains Muzaffar Syah, Malaysia
8. SM Sains Sultan Iskandar, Malaysia
9. SMK Parit Bunga, Malaysia

ACTIVITIES :

1. Poster competition
2. Chess competition
3. Scrabble competition
4. Sahibba competition
5. Al-Quran Memorization competition
6. Science and Mathematics Quiz competition
7. Petanque competition
8. Cultural competition
9. Excursion to Malacca

Last Updated on Tuesday, 24 October 2017 02:09
 
SBT Jalinan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 27 January 2012 04:20

1. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

2. Universiti Sains Malaysia

3. Universiti Teknologi Malaysia

4. Universiti Teknologi Mara

5. Universiti Malaysia Perlis

 


SBT Jalinan

 

 

Last Updated on Wednesday, 17 February 2016 03:09
 
SBT Jaringan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 27 January 2012 04:20

1. Madrasah alJunied alIslamiah, Singapura.

2. Sekolah Menengah Masin, Brunei Darussalam

3. Sekolah Islam Terpadu Hang Tuah, Batam, Indonesia.

4. SMAN 3 Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.

5. SMAN 1 Bandung, Indonesia.

6. SMAN 3 Yogyakarta, Indonesia.

7. SMA Taruna Nusantara, Magelang, Indonesia

8. Australian Islamic College, Perth, Australia

9. SMAN 2 Surakarta, Solo, Indonesia

10. Islamic Kassim Tuet Memorial College, Hong Kong

11. Princess Chulabhorn's College , Satun, Thailand.

12. Islamic Integrated Science School, Hatyaiwittayakarn School

13. Sekolah Menengah Yayasan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam

14. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri Brunei Darussalam

15. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam Brunei Darussalam

16. SMAN 1 Batam, Indonesia

17. SMP Negeri 2 Dumai

18. SMAN Negeri 2 Dumai

19. SMK N2 Batam, Indonesia

20. Nisantasi Nurin Akin Technical High School, Istanbul, Turkey

21. Le Quy Don High School, Ho Chi Minh, Vietnam

 

SBT Jaringan

 

 

Last Updated on Wednesday, 17 February 2016 03:08
 
SBT Pengantarabangsaan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 27 January 2012 04:19

SAMURA MENJULANG 1 EMAS & 1 PERAK DALAM "INNOVATION DESIGN & RESEARCH INTERNATIONAL SYMPOSIUM" 2017

Pada 23 hingga  25 April 2017,  Pertandingan "INNOVATION DESIGN & RESEARCH INTERNATIONAL SYMPOSIUM" atau singkatannya (IDRIS) telah berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, SM Sains Muar telah berjaya membawa pulang satu pingat Emas iaitu bagi kategori (ISO-WARM) dan satu pingat Perak bagi kategori (I-PEELER). Pertandingan tersebut melibatkan peserta dari dalam dan luar negara di pentas antarabangsa daripada pelbagai lapisan masyarakat, negara dan institusi pendidikan. Bagi kategori (ISO-WARM) SAMURA diwakili oleh Ahmad Arief Hakimi, Nor Umairah, Nur Ain Hana dan Khalidah Natasha. Manakala kategori (I-PEELER) pula diwakili oleh Muhammad Imran Hakimi, Ku Hasinah, Nurul Athirah, Muhammad Muzaffar dan Koh Jia Xian. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dan guru pembimbing yang amat dikasihi iaitu Pn. Norhayati Bt Zainal Abidin, Pn. Rohaini Bt Haris dan Pn. Nor Hasimah Bt Jusoh kerana mengharumkan nama Samura di arena antarabangsa.

 

SAMURA MENEMPA NAMA DALAM "MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD" 2017

Pada 14 hingga  16 April 2017,  Pertandingan "MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD" atau singkatannya (MIYIO) telah berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Pulau Pinang. Alhamdulillah, SM Sains Muar telah berjaya memenangi satu pingat Perak iaitu bagi kategori (ISO-WARM) dan satu pingat Perak bagi kategori (I-PEELER). Pertandingan tersebut memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta tentang bagaimana merancang dan melaksanakan sesuatu projek inovasi secara sistematik serta saling bekerjasama antara satu sama lain. Pertandingan ini melibatkan peserta dari dalam dan luar negara di peringkat antarabangsa daripada pelbagai lapisan masyarakat, negara dan institusi pendidikan. Bagi kategori (ISO-WARM) SAMURA diwakili oleh Ahmad Arief Hakimi, Lalitha A/P Tharmaraj dan Khalidah Natasha. Manakala kategori (I-PEELER) pula diwakili oleh Muhammad Ikhwan Firdausi dan Ku Hasinah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dan guru pembimbing yang amat dikasihi iaitu Pn. Norhayati Bt Zainal Abidin, Pn. Rohaini Bt Haris dan Pn. Nor Hasimah Bt Jusoh kerana menjulang nama Samura di persada antarabangsa.

 

SAMURA TERUS MELAKAR KECEMERLANGAN DALAM "PCCST ACADEMIC FESTIVAL & SCIENCE FAIR" DAN LAWATAN KE HATYAIWITTAYAKARN INTEGRATED SCIENCE SCHOOL, HATYAI THAILAND 2017

Pada 10- 14hb Januari 2017 yang lalu, seramai 32 orang warga SAMURA, yang terdiri dari Tuan Pengetua,Tn Hj Mohd Sahabudin bin Jazuli, En. Mohamed Tarmizi bin Abdul Kadir, Pn Fadzilah binti Abdullah Thani dan Pn Hjh Maslinda binti Tamrin berserta 28 orang pelajar telah pergi ke Princess Chulabhorn’s College Satun (PCCST) untuk memenuhi undangan sekolah berkenaan sempena ‘Princess Chulabhorn’s College Satun Thailand Academic Festival and Science Fair’. Seramai 19 orang pelajar telah menyertai beberapa pertandingan yang diadakan seperti ‘Public Speaking Competition’, ‘English Proficiency Test’, ‘Spelling Bee’, ‘Asean Quiz’, ‘Mathematics Quiz’, ‘Science Quiz’ dan ‘Poster Colour Competition’. 2 orang pelajar terlibat dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Seramai 3 orang pelajar juga terlibat dalam ‘Best Practise in School Exhibition’ dan 2 orang pelajar samura dijemput untuk membentangkan hasil inovasinya bertajuk‘ The Smart Scale’. Tahun ini merupakan tahun ke-6 SAMURA berkunjung ke PCCST dan kali ke-5 menyertai karnival ini. Pelajar SAMURA menginap selama dua malam di asrama PCCST.

Keesokan harinya rombongan ini telah berkunjung ke Hatyaiwittayakarn Science School di Hatyai, sebuah lagi sekolah jaringan SAMURA di Thailand. Disini pelajar-pelajar SAMURA telah menjalankan beberapa aktiviti bersama-sama pelajar-pelajar sekolah yang dilawati seperti belajar berbahasa Thailand dan mempelajari menyediakan masakan Thai iaitu ‘Somtam’ yang lazat dan enak. Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat serta dapat mengetahui cara dan budaya mereka.

 

Berikut adalah keputusan pertandingan-pertandingan tersebat.

1. ‘Asean Quiz’ – 1 Anugerah Gangsa

2. ‘Mathematics Quiz’ – 2 Anugerah Gangsa

3. ‘Science Quiz’ – 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak

4. ‘Public Speaking Competition’ – 2 Anugerah Emas

5. ‘English Proficiency Test’ – 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak

6. ‘Spelling Bee ’- 2 Anugerah Emas

7. ‘Poster Colour Competition’ – 2 Anugerah Perak

Jumlah Anugerah yang diperolehi:

6 Anugerah Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa

Tahniah & Syabas kepada tuan pengetua, semua peserta yang berjaya dan guru pengiring yang terlibat.

 

 

SAMURA TERBILANG DI PERSADA ANTARABANGSA DALAM "ISTANBUL INTERNATIONAL INVENTIONS FAIR - ISIF" 2016 DI ISTANBUL, TURKI

Pada 03 hingga 05 Mac yang lalu, telah berlangsungnya "Istanbul International Inventions Fair - ISIF" 2016 bertempat di Istanbul, Turki. Daripada keseluruhan 500 penyertaan hanya 200 sahaja yang berjaya menerima pingat dan hanya 32 pingat Emas sahaja diperuntukkan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Alhamdulillah, Samura telah berjaya mendapat pingat Gangsa dan dianugerahkan dengan Anugerah "Special Award" daripada Women's Inventors Association In Bosnia And Herzegovina. Tahniah dan Syabas kepada peserta yang terlibat iaitu Saudari Nur Izzatul Ayesha Binti Khairul Anuar, Tingkatan 5 Cerdas dari Rumah Bestari termasuk guru pembimbingnya iaitu Puan Norhayati Binti Zainal Abidin & Puan Rohaini Binti Haris. Ia sekaligus mengharumkan nama negara Malaysia di Persada Antarabangsa di Mata Dunia.

[ TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA USAHA SEPAHIT HEMPEDU : SAMURA NAMAMU SENTIASA TERJULANG ]

 

 

SAMURA TERUS TERJULANG DALAM "PRINCESS CHULABORN’s COLLEGE SATUN THAILAND ACADEMIC FESTIVAL & SCIENCE FAIR" 2016

 

Pada 5- 9hbJanuari 2016, seramai 30 orang yang terdiri daripada 4 orang guru iaitu En Rozlan bin Zolkaply @ Zulkifli, Guru Kanan Bahasa, Cik Rosmala binti Hussien, Guru Kanan Sains, Pn Hjh Maslinda binti Tamrin, Pn Rohaini binti Haris serta 26 orang pelajar telah pergi ke Princess Chulabhorn’s College Satun (PCCST) untuk memenuhi undangan sekolah berkenaan sempena ‘Princess Chulabhorn’s College Satun Thailand Academic Festival and Science Fair’. Seramai 14 orang pelajar telah menyertai beberapa pertandingan yang diadakan seperti Public Speaking Competition, English Proficiency Test, Spelling Bee, Asean Quiz, Mathematics Competition, Science Quiz, Poster Drawing competition. 2 orang pelajar terlibat dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Seramai 3 orang pelajar juga terlibat dalam Best Practise in School Exhibition dan buat julung-julung kalinya, 2 orang pelajar samura dijemput untuk membentangkan hasil inovasinya bertajuk‘ Bioco Flooring’. Tahun ini merupakan tahun ke-5 SAMURA berkunjung ke PCCST dan kali ke-4 menyertai karnival ini. Berikut adalah keputusan pertandingan dalam karnival tersebut.

1. Kuiz Asean Gred 12 – 1 Anugerah Gangsa

2. Pertandingan Kuiz Matematik Gred 12 – 1 Anugerah Gangsa

3. Pertandingan Kuiz Sains Gred 12 - Penyertaan

4. ‘Public Speaking Competition Grade 12’ – 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak

5. ‘English Proficiency Competition Grade 12’ – 1 Anugerah Gangsa

6. ‘Spelling Bee Grade 12’- 2 Anugerah Gangsa

7. Peraduan Melukis Poster Color Gred 12 – 1 Anugerah Emas

8. ‘Science Fair Oral Presentation’ – 1 Anugerah Emas

9. ‘Science Exhibition’ – 1 Anugerah Emas

Jumlah Anugerah yang diperolehi : 4 Emas,  1 Perak dan 5 Gangsa. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan  peserta yang berjaya.Keesokan harinya rombongan ini telah berkunjung ke Hatyaiwittayakarn Science School di Hatyai Thailand, salah sebuah sekolah jaringan SAMURA di Thailand.Disini pelajar-pelajar SAMURA telah menjalankan beberapa aktiviti bersama-sama pelajar-pelajar sekolah yang dilawati seperti belajar berbahasa Thailand dan membuat persembahan menggunakan bahasa Thailand.Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat serta dapat mengetahui cara dan budaya mereka.

 

 

PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN MESRA SAMURA KE ISLAMIC KASSIM TUET MEMORIAL COLLEGE HONG KONG, CHINA 2015

Pengantarabangsaan Jalinan dan Jaringan ke Hong Kong merupakan salah satu elemen yang membantu sesebuah Sekolah Berprestasi Tinggi mengekalkan kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Kecemerlangan sebegini adalah diperlukan untuk melahirkan guru-guru berwibawa dan pelajar-pelajar yang bukan saja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan berani menghadapi dunia luar dan sanggup bersaing di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung, program ini juga dapat membentuk personaliti unggul dalam kalangan guru dan pelajar dan serta nilai kepimpinan yang tinggi melalui program yang disertai.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Sains Muar meneruskan langkah untuk mengadakan aktiviti jaringan dengan Islamic Kassim Tuet Memorial College Hong Kong sejak tahun 2012. Rasional program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan para guru Sekolah Menengah Sains Muar menyertai program pengantarabangsaan berbentuk jaringan dan pertandingan akademik untuk meningkatkan tahap pendidikan dan profesionalisme. Seramai 24 orang pelajar dan 3 orang guru terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Pengetua Samura (Pn Hjh Noor A'ini Binti Ibrahim) selama 4 hari 3 malam bermula 18 - 21 September 2015.

 

 

PROGRAM PENANDARASAN SM SAINS MUAR, JOHOR, MALAYSIA (SAMURA) KE SMA NEGERI 1 SURABAYA,

JAWA TIMUR, INDONESIA

TEMA PROGRAM : KEBUDAYAAN DAN PENGAKAP

TARIKH : 30 April hingga 2 Mei 2015 (KHAMIS – SABTU)

BILANGAN PESERTA : 36 ORANG ( 4 GURU DAN 32 PELAJAR) DIKETUAI OLEH PUAN PENGETUA,

(PN HAJJAH NOOR ‘AINI BT IBRAHIM)

ATUR CARA LAWATAN :

30 April 2015 (Khamis) :

Ke SMAN 1 SURABAYA - Aktiviti Pengakap SAMURA dan Pramuka SMASABAYA

01 MEI 2015 (Jumaat) :

Ke Kampung Jambangan Pusat Kitar semula bahan terbuang

 

Lawatan ke Princess Chulabhorn’s College Satun Thailand dan Hatyaiwittayakarn Integrated Science School Hatyai Thailand

Pada 7- 10 hb Januari 2015, seramai 27 orang yang terdiri daripada 4 orang guru iaitu Pn Hjh Maslinda Tamrin, Pn Hamidah Paimin, Pn Norhayati Zainal Abidin, En Norfadli Ngatimin serta Mantan Pengetua SAMURA, Tn Hj Samian bin Sawiyo, dan 23 orang pelajar telah pergi ke Princess Chulabhorn’s College Satun (PCCST) untuk memenuhi undangan sekolah berkenaan sempena ‘Princess Chulabhorn’s College Satun Thailand Academic Festival and Science Fair’. Seramai 12 orang pelajar telah menyertai beberapa pertandingan yang diadakan seperti Public Speaking Competition, English Proficiency Test, Asean Quiz, Mathematics Competition, Science Quiz dan Poster Drawing competition. 2 orang pelajar terlibat dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Seramai 3 orang pelajar juga terlibat dalam Best Practise in School Exhibition. Tahun ini merupakan tahun ke-4 SAMURA berkunjung ke PCCST dan kali ke-3 menyertai karnival ini. Berikut adalah keputusan pertandingan di karnival tersebut.

1. Kuiz Asean Gred 12 – 2 Anugerah Emas

2. Pertandingan Matematik Gred 12 – 1 Anugerah Emas

3. Pertandingan Sains Gred 12 – 1 Anugerah Gangsa

4. ‘Public Speaking Competition Grade 12’ – 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Gangsa

5. ‘English Proficiency Competition Grade 12’ – 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak

6. Peraduan Melukis Poster Color Gred 12 – 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak

7. Anugerah Emas juga diberi kepada pelajar yang terlibat dengan ‘Best Practise in School Exhibition’

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya.

Keesokan harinya rombongan ini juga telah berkunjung ke Hatyaiwittayakarn Science School di Hatyai Thailand, salah sebuah sekolah jaringan SAMURA di Thailand. Di sini pelajar-pelajar SAMURA telah menjalankan beberapa aktiviti bersama-sama pelajar-pelajar sekolah yang dilawati seperti belajar berbahasa Thailand dan membuat persembahan menggunakan bahasa Thailand. Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat serta dapat mengetahui cara dan budaya mereka.

 

PROGRAM PENANDAARASAN (JARINGAN DAN JALINAN) SM SAINS MUAR KE SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM (SMJA), NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKAITAN PERKONGSIAN PINTAR DAN KEBUDAYAAN

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membentuk hubungan komuniti antarabangsa secara berterusan dengan sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam yang telah sedia terjalin.

Ia juga bertujuan untuk membentuk hubungan komuniti antarabangsa dengan rakan jalinan yang baru dengan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Negara Brunei Darussalam bagi meningkatkan kecemerlangan akademik di SM Sains Muar.

Last Updated on Sunday, 31 December 2017 21:11
Read more...
 
SBT Pengenalan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 27 January 2012 04:19

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR telah diiktiraf sebagai SBT Kohort 2 pada 17 Februari 2011

Etos SAMURA : PENGAKAP dan KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

 

 

 

Last Updated on Monday, 13 April 2015 05:59
 


Pautan Istimewa

http://www.eduwebtv.com/

 

 

PROGRAM AKAN DATANG

Diskusi Akademik 1 (27/6/2019)

INFO PEPERIKSAAN

Sumbangan PIBG

01023010026844 (Bank Islam)
Segala sumbangan boleh merujuk kepada Pn.Hashimah (Bendahari PIBG).

Who's Online

We have 1 guest online