• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color
Sejarah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 17 March 2012 14:27

Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)    terletak 2 km dari bandar Muar Bandar Diraja dalam daerah Ledang di negeri Johor. Sekolah ini dibina di atas satu kawasan yang dinamakan Tanjung Agas  dengan keluasan sebanyak 42 hektar.

Sejarah sekolah ini bermula pada 31 Mei 1983 dengan pengambilan seramai 204 orang kumpulan  pertama pelajar Tingkatan 1 dan pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Hamzah Bin Rashid.  Seterusnya, pada 2 Jun 1983 seramai 421 orang pelajar kumpulan kedua Kursus Persediaan     Bahasa Inggeris (TOEFL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaporkan diri. Pada  1 September 1983 seramai 175 orang pelajar Tingkatan 4 (kumpulan ketiga) telah mendaftarkan diri. Mulai tahun 1988 sekolah hanya        menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4 sahaja.

Pada tahun 1990 sekolah hanya mempunyai     pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja. Mulai tahun 1991 sekolah telah menerima kemasukan kelompok pertama pelajar Tingkatan 6 Enam Rendah. Pada tahun 1995 Program Tingkatan 6 telah     digantikan dengan Program Matrikulasi Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 1999 Sekolah ini telah menjadi salah sebuah Sekolah Bestari. Mulai bulan Mei 2000 sekolah ini hanya mempunyai Tingkatan 4 dan 5 hingga sekarang.

Pada 17 Februari 2011, sekolah ini telah diiktiraf     sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Pengetua sekarang ialah Puan Hajah Noor ‘Aini Binti Ibrahim yang  merupakan pengetua kesepuluh.

MANTAN PENGETUA

PN. HJH NOOR 'AINI IBRAHIM (2014 - 2016)

Last Updated on Wednesday, 20 April 2016 04:31
 

Pautan Istimewa

http://www.eduwebtv.com/

 

 

PROGRAM AKAN DATANG

Diskusi Akademik 1 (27/6/2019)

INFO PEPERIKSAAN

Sumbangan PIBG

01023010026844 (Bank Islam)
Segala sumbangan boleh merujuk kepada Pn.Hashimah (Bendahari PIBG).

Who's Online

We have 1 guest online